pengikut raksasa yang busuk

7/24/14

tips hilang lima kilo dalam masa tiga bulan.

dua tahun lepas aku gemuk. gemuk sangat. sampai pergi ke mana mana kedai pun tak layak beli seluar. size 32 pun sendat. eh apa cerita tu?

asyik menangis aja sebab gemuk. moral down nak mati. serious. macam nak masuk kedai plus size. but hati bukan main ego.

' aku tak gemuk!!'

itu dalam kepala aku. orang keliling aku bila aku tanya tentang tahap kegemukkan aku diorang mesti cakap

'ala, kau bukan gemuk, kau berisi aja. chubby comel'

so how aku nak measure tahap kegemukkan aku. bagi aku masa tu berat 63++kg bukan tahap gemuk. aku selesa dengan diri aku. over confident. tapi, bila pergi mana mana kedai baju lawa jadi tak lawa. seluar boleh kata semua sendat. semua.

aku diet, aku exercise. semua tak jadi. berat turun sekilo dua lepas tu naik balik. masa tu aku tak pandai.

nampak tak betapa aku ni gemuk.

so aku cuba herbalife. sebab ada orang sponsor. tiga bulan aku minum herbalife ikut regime yang di cadangkan termasuk minum air, cut sugar and minimal food. yes aku berjaya turun agak sepuluh kilo. bayangkan dari 63 ke 53 kg?  mesti rasa fabulous kan? cepat jugak. aku pun tak percaya aku jadi sangat kurus. i dont do extreme exercise. well aku hate workout.

aku kurus juga buat masa setahun setengah. lepas tu lebur. aku mula tak jaga makan.naik semula lima kilo.
thn kawan aku ajar eat clean. aku ingat nak ambil herbalife semula. ada juga ambil semula. tapi nak repeat order semput. tak cukup budget. kalau aku terus kan jugak, miau gemuk jadi miau kurus lah kan sebab tak de budget nak beli makan diorang.

aku mula lah cari alternative untuk kurang kan balik berat badan yang makin meningkat. aku cuba eat clean. kalau nak maklumat terperinci boleh lah pm. nanti aku akan bagi tahu details apa yang aku buat untuk kurus.

cuma aku nak ingat kan. tips hebat nak kurus. 80% makanan 20% workout.

dah berjaya kurus. dalam masa tiga bulan berjaya hilang lima kg. :) pm me for great tips. ' i tak jual herbalife. serious!'

aku dah buat dua experiment pada diri aku. dua dua berjaya. :)

fb: arteen tarmedi
twitter: @arteentarmedi
insta: arteentarmedi


No comments: