pengikut raksasa yang busuk

2/10/14

tips design dress pengantin sendiri

cerewet. siapa tidak?

aku antara yang cerewet. kalau bukan apa yang aku nak aku akan menolak sungguh sungguh, walaupun ada orang kata bagi peluang. aku tak suka. bagi aku aku tahu yang terbaik.

contoh nya

aku ke singapura untuk mencari kain ke arab street. dari kedai ke kedai aku masuk. ayah sampai penat nak layan aku. ada siap pekedai tu macam nak pujuk aku supaya ambil kain dia. tapi kalau aku dah tak nak nak paksa pun tak guna kan. majalah pengantin, ipad dan dslr tetap aku usung ke sana kemari hanya aku aja yang tahu apa aku mahu.

okey ini ada tips untuk orang yang pilih untuk ke tukang jahit bukan ke fashion designer.

1) Pilih Style. 


Bagi peluang diri untuk observe style yang korang nak mengikut badan masing masing. bagi yang ketinggian less than 160 cm tak payah lah nak fikir untuk pakai dress kembang kembang and meleret leret. serious lupakan.
crdt: google
Paling bagus kalau jenis size petite ni ambil dress yang memang cukup cukup sampai kaki. ini akan buat effect nampak lebih tinggi. dan paling penting lupakan hasrat nak jadi princess bagai. kalau dah jumpa yang berkenan save. save dalam phone or tablet or PRINT! ada option untuk semua.

crdt: google

2) Pilih Kain

Mula mula imagine apa rupa kita in that dress yang kita fikir nak pkai tu. lepas tu buat material hunting. jangan malas. kalau tak hunt mana nak dapat bayangan nya kan. baju tu kita kena tahu nak material macam mana. dia ada macam macam. lace with beading, without beading, or nak plain chiffon and tambah beading sendiri. semua pun boleh. tak ada masalah. yang penting nampak sesuai dengan korang. elakkan pakai yang terlalu gelap. ada orang nampak classy kalau pakai warna gelap. 

bagi aku warna gelap yang nampak classy . 

i) chilli red.
ii) emerald green. 

itu pendapat aku lah. if sesiapa ada pendapat lain silakan. tak paksa follow pun.

pendapat aku better ambil yang sedia ada beading supaya korang tak payah susah nak fikir nak hantar beading dekat mana etc etc.  

and pilih kain lining yang betul untuk dapat kan effect mewah. bukan murah. kain murah pun kalau reti mix and match boleh je jadi exclusive and mewah.

kalau nak ada effect lembut and flowy buat macam ni. beli macam ni. kain lace with beading+ chiffon+ lining. 

tips terpenting. JANGAN TERBURU BURU! bila rasa betul betul puas hati barulah beli. untuk pengetahuan korang material ni memang agak mahal sikit. sedia kan lah duit yang berpatutan. tapi lebih murah lah dari hantar ke designer kan? kalaua da duit lebih nak ke designer pun tak ada masalah. pilihan masing masing.

kalau di klang valley, kedai kain yang jual kain cantik dekat Jakel lah kan
kalau di singapura, royal fabric arab street.

3) Pilih Tukang jahit.

yang ni aku tak boleh nak cakap banyak sangat lah as aku just tahu design aja not sewing. so korang pilih lah ya yang reti jahit dress dress ni ikut gambaran korang.


aku bukan tahu sangat pasal benda benda macam ni. tapi aku banyak baca and imagine. semoga ini dapat membantu :)




2 comments:

temboktebal said...

I like photo yg 2nd tuh. Simple yet stunning

wAwA aRiFiN said...

woh hebat!
http://wawaarifin.blogspot.com/2014/04/misi-mustahil-buffet-pak-john-steamboat.html
senang2 dtg like la...