pengikut raksasa yang busuk

5/18/11

padat dan sendat.

minggu ni busy. busy sangat.

ahad- tolong eisha setting table. malam ada dinner dengan netherland student.

well aku ta kenal sorang pun selain eisha dekat situ. aku mula mula just buat buat normal. pastu dorang semua cam baik baik dengan aku. so kita boleh fit in together and just chat. and on that day baru aku kenal apa itu sudu, garfu, goblet, high glass and many more. and aku dah tahu macam mana nak "cuci" pinggan,cawan and all the mini essential. cool kan.

so, pada malam nya baru lah berjumpa dengan fellow student dari netherland. memandangkan aku baru join dorang so aku ta adalah fellow student. makan di tupai tupai. grr. TA SEDAP TA SEDAP TA SEDAP tupai tupai shah alam. memang ta sedap. aku eisha ngan ada makan sikit gila. tapi fun berjumpa dengan mereka. mereka cool. kat situ aku kenal nichole, stephanie and ellis.

isnin- kena pakai formal. tolong serving, and buat segala jenis mak nenek untuk jamuan mereka.

ouh aku pakai heels kot. mampos aku nak jalan jalan sana sini pergi ang kat air, keluar masuk keluar masuk bawa pinggan kotor. tapi muka kena macam comel gila. argh. stress masa tu. ramai gila. lepas tu ada satu makcik ni dok lah suruh aku ambil plastik di dapur. mana lah aku tahu. siap bagi direction itu ini itu ini sampai ada satu budak ni kemain lah nak tolong makcik tu supaya aku faham apa yang dia cuba katakan. last ayat aku pada mereka yang buat mereka menepuk dahi masing masing

"saya budak engineering manalah saya tahu"

so makcik tu mengalah dan ambil sendiri. haha. comel. bila makcik tu bagi tahu aku budak engineering budak budak yang tengah lepak terbaring boleh bangun semula "HAH KAU BUDAK ENGINEERING?" kelakar lah.

selasa- bawa nicole and stephanie pergi pottery class di kuala lumpur. " gosh aku suka hotel raja chulan tu. cantik nak mampus"

so ni macam first trip bawa stephanie dengan nicole jalan jalan. well eisha yang jadi tour guide. aku pula tiba tiba je jadi tourist. dengan NIKON D90 (eisha punya) di leher, dan aku ta pernah pergi sana. maksud aku kraf tangan malaysia, raja chulan hotel also menara kuala lumpur. banyak kot trivia aku hari tu. semuanya frst time. itu juga first time aku keluar dengan eisha ke KL setelah 4 tahun jadi kawan baik.

" thank you eisha"

rabu- bawa nichole,ellis and stephanie pergi round Kuala Lumpur.

hey semuanya dah jadi cantik okey. pasar seni dah cantik. best juga lah. food court dia dah bersih toilet pun mantap! pergi klcc and kl tower. okey kl tower cantik. aku baru pertama kali jejakkan kaki di dalam. kl tower. aku ta pernah lah pulak pergi sana. hari ni fun. sebab ellis join sekali. and nak hantar nicole balik. aku sedih juga.

khamis- tiada activity. dan aku mula menjadi bosan. bosan lah sebab ta ada benda nak buat.
jumaat- jumaat pun macam tu.

sabtu- job hunting. satu sunway pyramid aku pusing semata mata nak cari kerja. semua kedai aku masuk. kedai bra, kedai baju kanak kanak, semua lah. banyak kedai aku dah masuk. isi borang sana sini. tapi sorang pun ta telefon. biasa lah jawapan macam tu.

ayat : saya akan telefon nanti.
sebenar nya: SIAPA NAK TELEFON KAU?

tu memang realiti. ta apa lah.

ahad- aku suka activity ni. pergi ke rumah anak yatim. aku satu je pasal benda ni. aku ta kuat bila menghadapi anak yatim. aku akan end up menangis. aku mula mula datang hati pun dah berdebar gila. berat je nak masuk. lepas tengok dorang sangat sangat friendly. rasa happy pula.duduk situ ta nangis nangis. semuanya seronok. sebelum balik aku hug semua budak budak. semuanya cantik. semua siap cium pp sekali. semua baik.

dear eisha,

terima kasih untuk semua memory. :)

1 comment:

zulaikha said...

subhanallah, ketika kita sedang busy, nak lupa waktu...
jaga kkesehatan....
salam from SOLO-Central Java - Indonesia,
assalamu'alaikum.....