pengikut raksasa yang busuk

7/30/10

berjaya

hari ini ada lah hari terakhir aku menjejakkan diri sebagai seorang perempuan berumur 20 tahun. cepat nya setahun dah berlalu. sampaikan aku lupa bagai mana aku sambut umur aku ke 20.

ouh ya. baru ingat. ta ada cake dan ta ada celebration. biasa2 j. sambut sendiri. nyanyi sendiri. dan semuanya sendiri. setiap tahun juga begitu.

hari ni. mak aku suruh aku masak. aku tatau masak. tetiba mak aku suruh masak lala ngan daging salai masak lemak.

MAK. AKU TATAU MASAK.

mak aku just bagi tau bahan dan bagi tau nak masuk apa j, dan aku memang mempunyai bakat semula jadi sebagai seorang tukang masak dan ta boleh di sangkal lagi "uhuk,uhuk"

ok. cara nak masak lala.

bahan-bahan:

  1. satu biji bawang besar
  2. dua biji bawang putih
  3. dua biji cili
  4. sedikit halia
  5. serai
  6. lala
  7. garam
  8. air

cara-cara

  • blendkan item 1-4
  • masukan dalam kuali yang suam2
  • masukan 1 setengah cawan air
  • masukan serai dan garam
  • masukan lala dan tutup sampai lala bertukar merah dan semuanya terbuka.
ok next.

daging salai masak lemak.

ok yang ini rahsianya kau pergi pasar kau beli yang dah siap di salai.so ta perlu kau bersusah payah untuk salai daging ya?

bahan bahan:

  1. sedikit cili api
  2. serbuk kunyit 2 sudu kecik
  3. secawan air
  4. 1/2 kotak santan dan di bahagi dua.
  5. daging salai sepeket
  6. garam
  7. 2 helai daun limau purut
  8. serai
cara-cara untuk memasak

  • cili api di tumbuk dan di tumis
  • masukan serai dititik bersama dua sudu kecik kunyit
  • setelah itu masukan air secawan. kalau ta cukup tambah sikit lagi air
  • masukkan daging salai dan santan pertama yang telah di bahagi dua.
  • koyakkan daun limau purut dan masukan. tunggu sampai mendidih
  • lepas tu baru lah masukan santan yang kedua.
  • tunggu sampai mendidih lagi thn baru lah letak garam
p/s : perlu di kacau selalu!


* aku dah boleh kawen kan? plus selamat 21 ya?*

No comments: