pengikut raksasa yang busuk

6/3/10

aku lah penjual nya

aku suka pergi kedai. bila masuk certain2 kedai boleh membawa aku balik kepada memory aku. boleh juga buat aku psg impian.

kedai2 yang aku suka masuk.

1) kedai buku ( yang jual alat tulis dengan buku )

aku suka pergi ke secton alat tulis. masa sekolah dulu aku suka tol kumpul alat tulis.
benda yang akan selalu aku ushar adalah buku tulis, pemadam dan pensil. lawak betul. aku bila masuk kedai nie j aku dengan mr hashum aku akan bersembang lama pasal satu benda. ingat macam2.

kepada yang sama batch ngan aku (1989) orang mesti akan ada satu pensil case yang ada sarung pensil dan ada pengasah di tepi. atau pensil case besi yang bertingkat. kat depan mesti ada gambar power rangers lah, uktraman lah. padahal pencil dua batang j. itu pun kontot. haha.

perlawanan pemadam ada lah yang paling popular. membeli pemadam yang banyak hanya untuk lawan pemadam. bukan untuk padam kesalahan menulis. tapi bla masa periksa, dok lah nak pinjam orang lain punya pemadam.

colour pencil. aku paling suka colour pencil. kalau nak beli dok lah nak yang banyak warna. ta main lah yang 12 kan pendek. nak yang 24 and besar. haha. setiap kali pergi stationary j nak beli colour pencil. pilihan aku hanya lah LUNA. ta maen lah colour lain. sebab LUNA colour dia cantik, pekat dan ta bersisik. aku suka LUNA. kalau member pinjam satu mula lah gelabah. dan setiap pinjaman bersyarat.

  • jangan hilang
  • kena asah balik sampai tajam.
and ada sequence buku tulis.

  • tahun 1 : buku garis 3 dan petak besar2. untuk ajar menulis. btw, kat tadika pun ada. kenapa kat sekolah rendah pun dia ajar benda yang sama?
  • tahun 3 : buku garis satu dan petak kecik. sampai lah sekolah menengah.
well i love my past time. and it was awesome.

2) kedai elektrik

aku akn teruja tengok barangan elektrik terbaru. aku boleh jadi gila. lebih2 lagi aku tgk blender and juicer. lagi lah aku macam kagum pada dunia. aku suka tengok mesin yang boleh menghancurkan sesuatu. and aku suka barang electric yang luar dia cam silver. bukan plastic. idk why. aku siap dah ada contoh rumah impian. well everything mesti kena shinning. baru elegan.

and tv kat rumah aku aku nak pakai projector aja. malas nak beli tv. wah.. gila lah. dah fikir itu semua.

*awak simpan lah duit banyak2 ya? impian saya bukan ini aja. ada lebih lagi*

No comments: